Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Para Food Lover sekalian..
PAK LURAH BISTRO secara rasminya telah dibuka pada 11 Ogos 2014 yang lalu, bertempat di
Jalan Muar/Y.peng, Kampung Sri Jasa, Mukim 18 Seri Medan, 83400 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Gerai makan ini akan beroperasi daripada hari Ahad - Jumaat, jam 8:00 pagi - 6:00 petang
Teristimewa kami bawakan adalah sajian makanan disediakan sendiri oleh pengasas kami selaku ketua tukang masak dan pembantu-pembantunya yang lain yang mahir dalam bidang masakan dan hiasan.
Pengasas kami terdiri daripada Mustaza Hashim dan isterinya, Norhafzan Abd Rashid
Terhasilnya PAK LURAH BISTRO ini adalah berdasarkan cetusan idea dan pendapat pengasas kami serta pandangan rakan-rakan mereka serta ahli keluarga mereka. Sebelum wujudnya PLB, mereka memulakan perniagaan mereka yang berkonsepkan COKLAT. Coklat tersebut dijadikan sebagai hantaran perkahwinan, door gift perkahwinan dan sebagainya. Mereka menggunakan nama DHAHABIY CHOCOLATES bagi nama komersial perniagaan mereka.
Perniagaan mereka mendapat nama yang agak tinggi dalam bidang perniagaan dan mendapat perhatian penerbit majalah-majalah di Malaysia.
Selain menyediakan sajian yang menyelerakan lagi menggiurkan, PAK LURAH BISTRO juga menyediakan kemudahan bagi para pengunjung untuk meletakkan kenderaan mereka di tempat yang selamat dan luas.
Staff-staff
PAK LURAH BISTRO bersama para pengunjung yang sentiasa menjadi tulang belakang kami. CERIA, DISIPLIN & CEKAL ! :)
Blog ini kami wujudkan bagi memudahkan para pengunjung tertarik akan apa yang kami sajikan dan bagi mendapatkan pandangan ikhlas oleh para pengunjung agar
PAK LURAH BISTRO sering melakukan penambahbaikan demi pengunjung yang disayangi.